Monday 30 June 2014

Tindak balas logam dan bukan logam

Berikut menunjukkan link yang sesuai untuk sama-sama belajar berkaitan dengan tindak balas logam dan bukan logam. Sila klik pada link di bawah.
http://prezi.com/joif_gp39gwx/62-tindak-balas-antara-logam-dengan-bukan-logam/

Isu Persekitaran

Aktiviti-aktiviti manusia menyebabkan udara, air dan tanah, perubahan iklim dunia, pemusnahan habitat dan kepupusan spesies.
Sunday 29 June 2014

Penyejatan Air

Penyejatan Air

Penyejatan ialah proses di mana cecair berubah menjadi gas atau wap air pada sebarang suhu di bawah takat didih cecair itu. Proses ini berlaku pada permukaan cecair. Tenaga haba diperlukan sebelum penyejatan boleh berlaku. Tenaga haba ini diserap dari persekitaran. Tenaga ini digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul-molekul air. keadaan ini membolehkan molekul-molekuk air terbebas dari permukaan air.
Friday 27 June 2014

Mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air

Penyejatan ialah proses di manan cecair berubah menjadi gas atau wap air pada sebarang suhu di bawah takat didih cecair itu.
Proses ini berlaku pada permukaan cecair.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air:
1. kelembapan
2. luas permukaan air
3. suhu sekeliling
4. gerakan udara


Kesan haba ke atas karbonat logam

Kebanyakan karbonat ialah sebatian yang tidak stabil. Karbonat akan terurai kepada logam oksida dan karbon dioksida apabila dipanaskan.
contohnya:
kalsium karbonat apabila dipanaskan akan membentuk kalsium oksida dan gas karbon dioksida.

Gas karbon dioksida akan diuji dengan air kapur. Air kapur yang jernih akan menjadi keruh.



Thursday 26 June 2014
Elektrolisis air ialah proses pengaliran arus elektrik menerusi air untuk menguraikannya kepada unsur-unsur komponennya iaitu hidrogen dan oksigen.

Gas yang dibebaskan di anod ialah oksigen manakala gas yang dibebaskan di katod ialaj hidrogen.
Nisbah isipadu gas hidrogen yang terhasil kepada gas oksigen ialah 2:1.

Gas-gas yang terhasil boleh diuji seperti yang berikut:
(a) gas hidrogen menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji menyala.
(b) gas oksigen menyalakan kayu uji berbara.

Asid sulfurik cair ditambahkan ke dalam air suling untuk membolehkan air mengalirkan arus elektrik.



Kesan Bendasing terhadap takat lebur ais dan takat didih air

Kesan bendasing terhadap takat didih air: meningkatkan takat didih air.

Kesan bendasing terhadap takat lebur ais: menurunkan takat lebur ais