Thursday, 1 June 2034

Lesson Today



 Today we are learning about how to create a blog. Our blogging platform is blogspot.com. I'm excited to finally get this post written!!Let's us explore it.
 
 


Sunday, 20 July 2014

Memahami Tekanan Udara

Udara mempunyai berat. udara mengenakan tekanan pada semua permukaan yang dikelilinginya. Tekanan ini dikenali sebagai tekanan udara.

Udara udara yang disebabkan oleh atmosfera dikenali sebagai tekanan atmosfera.

Teori Kinetik Gas
1. Teori ini menyatakan bahawa gas terdiri daripada zarah-zarah halus dan diskrit yang sentiasa bergerak secara rawak.

3. Zarah-zarah yang bergerak ini berlangggar antara satu sama lain dan dengan permukaan objek lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi Tekanan Udara

1. Isipadu bekas

2. Suhu udara
 

Asid dan Alkali

Asid ialah bahan yang membebaskan ion-ion hidrogen ke dalam larutan apabila asid melarut dalam air.

Sifat-sifat Asid
1. Berasa masam
2. pH kurang daripada 7
3. Menukar kertas litmus biru kepada merah
4. Mengakis
5. Bertindak balas dengan logam untuk menghasilkan gas hidrogen

Alkali ialah bahan yang membebaskan ion-ion hidroksida ke dalam larutan apabila alkali melarut dalam air.

Sifat-sifat Alkali
1. Berasa pahit
2. Rasanya licin seperti sabun
3. pH lebih daripada 7
4. Menukarkan kertas litmus merah kepada biru
5. Mengakis
6. Bertindak balas dengan garam ammonium untuk menghasilkan gas ammonia apabila dipanaskan

Peneutralan ialah tindak balas kimia antara asid dan alkali untuk membentuk garam dan air.




Tuesday, 15 July 2014

Taklimat Pemasangan dan Latihan Pemeriksaan PT3 Sains

Taklimat selama 2 hari ini memberikan pendedahan kepada guru-guru di bahagian Mukah mengenai apa yang perlu dilakukan oleh para guru bagi menghadapi peperiksaan PT3 bagi subjek Sains pada bulan Oktober nanti.  Taklimat ini telah dikendalikan oleh enam orang guru yang merupakan pentaksir kawasan yang telah dilantik. Beberapa perkara penting seperti cara pemasangan instrumen, pemilihan soalan serta teknik memeriksa skrip jawapan ditekankan sepanjang kursus tersebut dijalankan.